Friday, January 2, 2009

Entri lambat post no 1

Semasa cuti Krismas yg lalu, saya telah pergi ke bandar Kinrara bersama dengan En Maxis, Jaja dan Japi. Tujuan kami ke sana ialah untuk melawat penyewa rumah saya yg telah 3 bulan tidak membayar sewa. Penyewa saya merupakan seorang yang saaaaangat kreatif dalam memberi alasan bila lambat bayar sewa. Alasan terbarunyer ialah : "macik sya baru saja meninggal la kakak". Sbelum ini "itu hari, saya suda kena brenti la kakak. tapi saya suda dapt kerja baru la kakak". Sebelum itu " saya baru saja eksiden la kakak". ( fuhhh!! cam buat karangan SPM plak. he he..)

ni ler Enggang Apt. Tp ni bukan blok aku. Aku lupa lak nak amik gambo.

Tapi.. memang macam gampang betull la mamat sekor nih. Apa dia ingat umah aku tu umah welfare ke? Abah dia ada share ngn aku ke bayo kat bank? Kalau aku kol, manjang bizi. Kalah Pak Lah. Disebabkan tahap kesabaran aku dh semakin merosot dan tahap nak maki dia makin meningkat dgn drastik skali, maka aku heret En. Maxis soh teman aku p jumpa macha ni (di samping menjadik drebar aku :P). Papehal ada gak org leh back up aku. hehe.. Sblom aku terjah macha tu, benti makan sate kat Awan Besar. (nape nama dia Awan Besor ek? Besa jek awan kat situ aku tengok) Sedap ngkau makan sate Samuri tu.

En. Maxis tengah meng oder..

Jaja ngn Japi tgh berposing. Japi dgn stail ala2 salesman.. :P


Bila sampai je kat umah aku di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, aku kool lagik. Dah setahun aku tak datang sini. Jauh giler!! Aku lupa nak amik gambo masa tu sebab tgh pk apa strategi aku nak jumpa macha mangkuk tu. Sblom tu sempat gak aku port umah Ayu kat sebelah. Aku tinggalkan Jaja ngn Japi kat umah dia. Peh tu baru g umah aku. Si macha tu nmpak aku tp dia x kenal. Bila tgk umah dia laaagi la aku hangin.. Manjang ckp tadek duit tp umah penuh barang. memang mangkuk hayun tull!! Apa lagikk. En Maxis pun nyampuk gak la masa aku ckp. Aku kata "Deyyy tambi!! by 3rd Jan ko x bayar gak, i wan u to gedoutttt!!! Berambus!!! Dusyum! Dusyum! hehe.. x dek la. Aku x sekijam tu lagi. Tapi lebey kurang cam tu ler aku warning.
Lepas slesai dgn macha tu, budak2 tu plak dah meroyan nak p Mines Wonderland. Sblom tu singgah solat jap kat semejid kat umah Kak Dy. Nak singgah umah member2 aku yg bersepah kat sini pun x sempat. Tu kena paln next trip nampaknyer. Agak2 ndak x En Maxis jadik drebar aku lagi. Boleh ke wak? hehehe..

4 comments:

azah jaafar said...

sy penah ada penyewa camtu.mmg banyak sangat alasan. pegi umah dia, kotak rokok bersusun2. rokok yang mahal boleh beli berkotak2 hari2, tapi duit sewa takleh collect sorang sikit. 3 bulan gak tak bayar sewa. tau2 depa dah lari malam. dengan mangga rumah yang mahal tu depa larikan. orang lelaki ni liat sikit bayar duit umah. keje kat proton tjg malim. kalau setakat rm250 duduk lak ramai2, berapa puluh sangatla depa kene collect. tapi,itu macam2 alasan. sebelum tu, sempat gak depa pecahkan pintu bilik. duit deposit tu berapa sangat. dahla 3 bulan x bayar, maintenance lagi. macam ni punya perangai lelaki, memang saya tak harapla depa boleh jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. call pastu, asyik masuk VM jer. dah tukar no kot masing2. hampeh tul.

ilazz said...

mmg hampeh lelaki camtu. Sya yg senang sebab umah tu mmg project co lama. so ramai member jaga maint. Bila macha tu x bayar sya anta memo soh budak2 tu cut off api air. abis citer. Lagi 1 member sya ramai gak duk area tu. Pape hal dorg leh gak jadik spy saya. hehe..

eddie dewanaga said...

dengan org2 mcm ni nak kena bertegas beb, jenis mcm ni akan slalu create problem, lebih baik sound siang2 kata suruh diorang keluar, makin lama nanti mcm2 problem yg boleh jadik...

Kapten Luffy said...

dah usir belum macha tu? baik tamatkan kontrak jer. mesti akan berulang punya