Friday, December 26, 2008

Ronda kat Jusco (edisi Malam pt deux)

Maka tiba ler ari yg Jaja ngn Japi memang dah naik meroyan tunggu. Sperti yg dijanjikan, pada malam Selasa yg lalu bersamaan 22hb Dec 2008 aku pon angkut ler dorang berdua p Jusco utk acara 'meh ler men air pancut Jusco'.
Memula ada sorang je budak kecik tgh men air. Pastu Jaja join. Pas tu Japi plak. Dorang buat cam la tempat tu mak dorang punyer. Memang anak2 aku jenis brani ngn slamber. Ikut sape ler agaknyer ek?Heh heh.
Jaja..

Japi..

Daripada 3 org yg men air tetiba jumlah nya melonjak secara ekstrim menjadik 14. Korang tgk je la sndrik.

Memang senang banyak ler aku sejak Jusco ni ada. I lap Jusco!!

Tuesday, December 23, 2008

Ronda kat Jusco (edisi malam)

Kali ni aku bawak Jaja ngn Japi p Jusco. tapi sblom pegi, mcm2 peringatan aku bagi. Antaranyer tak leh men game yg kena bayo. Peh tu tanak makan kat fud kot. Kalah askar nak pegi perang. Of koz ler kena spesifik sket sebab kalau tak, kompem aku kena pom dgn dorang.

So lepas Maghrib kitorg pegi. Tak yah nak rushing pon psl Jusco tu kan sepelaung jek dr umah aku. Tapi.. elok jek aku pusing kiri dr Jalan AU2A tu, baru aku igt ari ni ada pasar malam daa. Aiseyymen. Cam hampeh. Tepaksa ler aku ikut AU3. Dugaan suma tu.

Pasal malam tu sejuk, aku parking kat atas ler. Pas tu pegi kat fud kot sebab Jaja kata nak men kat playground kat situ. Spt yg dijangkakan, c Jaja dh tukar pikiran. Nak men yg kat atas pulak. Yang kena bayau tu. Ni yg aku nak hanginn nihh. Wlpun mulut aku pot pet pot pet bising, bila dah sampai kat atas, sian plakk. So bagi la dema men kat situ.

Jaja dgn aksi ekstreme nyer..

Smentara dorg men, aku pegi round2. Tgk baju, tgk beg. Suma mahal. Pas tu aku ternmpak tempat feberet. Wuhuhu!!! tmpat pefium daa. Ada sample lak tu. Apa lagiii. Aku lenjan abis2an. Hehehe.. kan men wangi bau aku. :P. Tapi lelama fenin plak.
Budak2 ni men ada la dlm stengah jam. Tapi kena 5 hengget sorang. Hampehh. Dah sakan men, lapo la plak. P makan KFC je la. Fudkot aku tanak. X sedap lgsung.
ni turun escalator nak pi tmpat makan..

tgh sakan..

Pas tu jenjalan kat luar. Jusco ni best tau. len sket drp yg besa. Korang dtg tengok sendri la.


ni jln kat luar kedai2..

ni kat Hinode. Aku ska katun lembu tu. tomeyy..

view kat depan main entrance..

Kat taman depan main entrance tu ada lak air pancut lompat2. Pas tu ada budak2 tgh men air. Cam best je. Jaja mula ler tegedik2 nak men air. tapi aku kan ada kuasa veto. hehehe.. Ye la. mana dek bawak baju spare. Tp kul 10 je, air pancut stop. Tapi ramai budak2 men kat area tu. Meriah la plak.


Jaja tgh geram tgk budak2 men air pancut..

Sebab sian jaja x leh men air, aku banjer ler dorang eskrem.


ni ler eskremnyer..

Sebab dorang nak men larik2 lagi, aku lepak je la. Peratikan dorang sambil mengabihkan eskrem si Jaja. Nanti nak dtg lagi mlm2 bwk dorang men air. Mana tau aku leh join skali. Hehehe..

Saturday, December 20, 2008

Cheng Ho

Semalam ada ler sorang hamba Allah yg telah bermurah hati nak banjer aku. Dan... cam besa, aku x sampai ati nak tolak. Tak bek hampakan orang. Kan? Kan? hehehe.. Dia nak banjer dekat jek. Tapi masa nak pegi tu mak oiii.. bapak jammed. Fedap aku. Pekena lak malam2 jam nih? Seb bek mood aku tak sepoil.

Tapi Alhamdulillah, selamat gak aku sampai. Restoran Cheng Ho ni dekat tempat baru belakang Carrefour Wangsa Maju. Aku nak p sini psl tmpt ni serves chinese muslim food. Aku mmg ska chinese food. Tapi yg halal je tau. Tokey kedai ni? Amy Search lerr..

dari jauh..
close up. Siap ada gambo Cheng Ho lagikk.

Masa sampai tu, orang punyer la gamai. Kena tunggu luor dulu. Seb bek pas tu ada 1 grup besor dah abis makan. So.. pe lagikk.


Ramai yg dtg ngn famili. Aku ska dgn interior tempat nih. Dinding kaler merah. Ada gamba kaum cina muslim itam putih besor2. Pasal pe aku ska? (byk lak tanya :P) sebab moyang aku mmg pure cina muslim. Canton mari maa. Tu pasal le adik bradik mak aku putih2 cam cina. Sampai kat je gen cino dah abis. Tu psl jdk golap. hehe..

aku ska gamba ni..

ni kat tmpat kasher. Mamat yg pakai baju kelabu tu menejer gamaknyer..
ni view dr tmpt kitorg duduk. Balik pintu tu ialah dapor ye incik2..

ni pulak, dia punyer menu..

Tempat ni klu malam2 tadek ala carte. Lunch taim je ada. So malam ni , weol pesan nasik ler. Amik yg set utk 2, 3 org. Peh tu ada 4 lauk. Air nyer teh cino ler. ngn air kosong.



ni ler lauk nyer. clockwise: steamed tofu, ayam kung po, mixed veggie ngn buttered oat squid.


Sumanyer sedapp. Pas tu byk. Klu makan 4 org pun boleh. Feberet aku mesti ler sotong tu. Rasa dia fuiihhh.. sedap ngkauu. hehe.. Puas ati la aku makan kat sini. Service cepat, ambience orait, rega pun mmg patut2. Aku bagi sploh bulan bintang la. Tapi klu malam tu Amy ada, beribu2 bintang aku bagi. hehehe...

So.. sape2 yg rasa nak makan chinese food yg halal, dtg ler sini. Camner nak pegi? Korang pk la sendrii!!! Sekian , tima kaseyyy!! :P

Runtuh!!

Satu Malaya tau pasal tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa ari tu. Area tu sebelah jek area umah aku kat Ukay Perdana. Tempat orang kayo2. Mula ler kuar citer2 x baik psl area tu. Paper tadi pun ada sebut residen kat situ kata kompem kat area tu tadek kasino cam org len (bukan aku ekk) kecoh2. Yg paling best member aku yg mulut tadek insurance tu Miss XYZ (nama terpaksa dirahsiakan. Takut kena ISA plakk :P). Dia kata orang kayo2 kat situ x bayor zakat. Isyh2. tax baik tuduh2 woii.


Dulu masa Highland Tower laaagi ler kecoh. Aku ingat lagi hari Sabtu tu. Besdey mak. Masa tu aku tgh hanginn dgn bopren aku. Pasal apa aku dah lupa. Ye laaa.. dah bp blas tawun dahh. Disebabkan aku tgh hangin, pas keja aku trus jek balik. Selalu tak penah pon. hehehe.. Dulu kan Sabtu keja haf day. Masa otw nak balik tu saaammmpai ler kat umah asik la dengor bunyik nenot nenot nenot (bunyik siren ler). Ingatkan eksiden apa. Tup2.. kondo tumbang ko. Huuuuiiihhh.. ngerikkk giler!! Kecoh ler Malaya. Suma tv, paper manjang asik citer tu jek. Peh tu kecoh la pasal pe bg permisyen wat umah kat tepi bukit.

gambo masa tumbang..

Gamai la pakar2 yg sibuk masuk tv dok kata area tu gini la, gitu la, kena stop buat umah kat bukit la. Kecoh cam sekarang ni la. Suma x ngaku salah dorang. Dok la kata orang len. Masa tu plak Ada condo Atheneum tgh under construction. Betul2 tepi bukit atas Highland Tower. So.. suma org kecoh soh stop projek tu. Tapi.. korang tau la kann.. Panasnyer biter camni kejap jekk. Peh tu suma buat dekk je. Atheneum tu siap cam besa. Tadek kecoh or bising2 ponn. Duit punyer pasal beb.


Highland Tower sekarang..

Dengar citer kat Highland Tower tu banyak port x baik. Tu pasal runtuh. Wallahualam bissawab. Tapi setau aku ler, kat area tu memang byk matair. Ori punyer beb. Sebab masa aku form 1 sampai 3 (klu x silap) tempat tu ada air tejun. Camner aku boley tau? Sebabbb.. gamai geng aku ska g sana. Buat apa? Wallahualam bissawab. Hehehe.. Mana aku tau. Aku x join aktiviti luar skolah dorang. Lagipon aku nak idup lama kerana jika aku pergi juga ke situ, maka kompemm aku kena semelih dgn bapak aku. Laaagi ngerikk!! Nama tempat tu mengikut kata member aku (kompem leh caya dia nihh) Bukit Madonna. Kureng pasti plakk samada Madonna yg jadik tokey ke atau tukang rasmikan port tu.

Tapi sekarang tempat tu x wujud lagi dah. Sebab kebanyakan matair yg ada kat area ni ilang bila dorang nak wat umah. Tapi memang sedey beb tengok bukit2 hijau kat area sini jadik gondol cam kepala Kojak (mesti gamai x kenal mamat nihh). Bila la suma ni nak stop kan. Kadang2 aku terpikir taim anak aku besor sok, camner la keadaan nanti. Agaknyer bila suma dah ilang, baru orang nak sedor. Tak pon bila alien ensem nama Klaatu dtg bawak robot itam besau nak musnahkan bumi. cam dlm citer The Day The Earth Stood Still. Elok ler korang pegi tgk citer tu. Bior insap sket. Hayati mesej yg nak disampaikan. Cewahh!! Aku mmg buat tu di samping rasa cam nak meng'ayat' alien tu. hehehe..


ni ler abang Kojak. hehehe..

kalau alien yg dtg ensem camni, kompemm aku ikut balik. hehehe..

Tetiba lak aku rasa nak nyanyi lagu Hijau plakk. huhu..


p/s Motip sebenor2 aku buat entri ni cuma nak bgtau sebab tanah runtuh punyer pasal, rega umah aku pun runtuh merudum. Sedey nyer. Waaaaa!!!

Friday, December 19, 2008

kenduri Kawen

Ahad lepas aku p wedding member skolah aku Roy. Tapi tak ramai geng skolah kitorang datang. Aku p dengan Jaja. Tu pun lepas p wedding umah neighbor aku. Masa aku sampai Pipah dgn Mimah dah ada. Woo.. lama tul aku x jumpa Mimah. Rindu siyott!!. Dia ni geng kamceng masa aku form 6. Sekarang dia keja kat Penang. Ayat feberet dia? "Aku lempang kau kang"

Member aku yg kawen ni exec bank. Aku dengor dia ngn hubby dia nih cintan siber. Huhuhu!! dasat beb. Ye la. Semoga ko bahagia ek Roy. hehehe..
siap banner lagikk..

gumbira sakan member aku nihh..

aku, Jaja ngn perantin. Apsal la kepala aku senget? Banyak nau makan leher ayam ke? :P


aku ngn Mimah..

aku, Amy, Pipah ngn anak dia..

Roy n hubby..

Masa pengantin lelaki nak datang ujan lebat la plak. Dok dlm umah punyer ler bahang. Seb bek ujan tak lama so dapat la aku port kat luar dgn Amy. Banyak biter nak catch up. Dia tergezut bila dengar aku dah separated. Amy ni baik ngn X aku. Aku senang je. Cakap jodoh tak panjang. Abis citer. Kalau x pasal Jaja dah mekak2 nak balik, aku stay lagi. Masa nak balik Helmi ngn Noni lak sampai. Tapi tak dan nak borak ler. Dah la susah nak kumpul. Tak pe ar. Aku kawen sok, leh borak sakan2. Ehh.. aku kawen? hehehe.. terlebih berangan la pulakkk.. :p

Petrosains

Ari Jumat lepas aku angkut budak2 pegi Petrosains pulak. Pegi naik lrt je sebab aku memang malas nak drive. X koser. Tiket Petrosains aku dah booking online. Tinggal nak p amik jek. Aku booked kul 11.30 am punyer. So sebab sampai awal kena ler weols reround dulu smntara nak nunggu kul 11.30. Budak2 tu pulak bukan reti sabor. Terus nak terjah masuk Petrosains tu. Jenuh aku eksplen lom boley masuk lagi. Tapi cam hampehs. Jaja ngn Japi x benti2 merungut. Sampai sakit tinga aku dengor.

amik gambo kasik sejuk ati dorang..

Japi yg x reti dok dendiam bila aku amik gambo dia..

Jaja pun sama. Mula ler buat muka toye bila aku soh posing...

Disebabkan dorang x leh nak benti merungut, aku ajak p Kinokuniya. Senyap sket bila dorang kat situ. Buku kat situ plak kan men mahal. Seb bek leh baca free.


posing lagik..

Lepak situ dlm 15 min je sebab dah kul 11.30am. Anak aku bila aku sebut jek "ok jom masuk", besit cam mat rempit. Orang q nak masuk x ler ramai sgt. Budak2 tu kan men eksaited. Layan je la gambo nihh.

masa nak masuk..

nak kena makan dgn dinaso..
ride the storm..

feberet Japi..

japi nak g bulan..



eatrhquake chair (klu x silap aku lerr)..

Jaja sibuk nak lukis kat tangan..

ni ler hasilnyer..

ada show psl belon plak..

masa nak nunggu naik helikopter..

nak balik dahh..

Ingatkan pas tu nak makan KFC tapi orang punyer la bapak ramai. Tensen tull. Aku beli gak psl Jaja meroyan nak makan. P bawak KFC tu makan kat Cold Storage. Dah sudah makan pe lagi... balik lerrr..

Jenjalan dgn En Maxis :P (part 1)

Sepatutnyer entri ni aku post dulu tp no hal la. Janji aku post. Anak2 aku dah lama meroyan nak jenjalan dgn En. Maxis lagi. Ye la psl mak dah slalu kuar. Kasik can ler kat anak plak. hehehe...

En. Maxis cadang nak bawak dorang p lunch. Tapi banyak nau cadangan. Sorang nak KFC, sorang nak p Shakeys. Last2 aku ajak dorang p KL jek. Jumpa En. Maxis kat sana. Abang tak ikut pasal dah ada plan dgn member dia. Anak bujang aku ni dah besor. Dah tanak kuar dgn mama dia.
tgh nunggu tren..

Sampai Masjid Jamek weols amik tren p Sogok. Makan kat fudkot Sogok je. Senang. Japi makan ciken chop, Jaja nak nasik ayam. Aku dgn En. Maxis makan nasik campur. Pas makan ronda2 Sogok. Layan la dorang nak tengok menan la, baju la, beg la. Si Jaja pulak kalau boleh nak dibelek nyer barang kat Sogok tu satu satu. Aku takut En. Maxis pensan layan dorang tapi alhamdulillah.. nampak ok lagi. Hehehe.. Sian dia.

Japi dgn muka inesen..

Pas dah puas ati budak2 tu, baru ler turun p kat Gents. En. Maxis nak beli kasut. Tapi mmg nasib dia tarak baik la ini ari. Sumer kasut yg dia bekenan mesti tadek saiz. Agaknyer pagi tadi dia x mandi kut. muahaha..

En. Maxis tgh try kasut. Pun tadek saiz dia gak.. :P

Disebabkan tak sampai hajat di hati nak beli kasut, mood hepi En. Maxis sedikit merudum. Tapi x ler teruk sangat. Sikiittt jek. Hehehe.. Last2 kitorang kuar Sogok, port kat tangga depan. Dengor OKU nyanyi peh tu makan kepok lekor. Laaagi best.

Jaja, Japi dgn En. Maxis tgh syok layan lagu..